Wednesday, August 14, 2013

DROPSHIP AGENT - KERJA MUDAH, UNTUNG BANYAK.


Assalamualaikum..

Disebabkan ramai yang bertanya mengenai DDROPSHIP AGENT ni, jadi pihak kami berbesar hati untuk buka penyertaan kepada mereka yang berminat terutamanya kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan menambah wang sampingan. Mungkin untungnya tak banyak, tapi kalau anda boleh collect RM200-300 sebulan pun okay juga kan. Siapa nak bagi? Tanpa usaha, rezeki takkan datang bergolek.

Dah lama sebenarnya kami nak buat benda ni tapi asyik tertangguh dan tiada masa. Sebab tu kami hanya buat untuk membeli secara borong sahaja. Mungkin lepas ni akan lagi sibuk sebab saya akan memulakan Latihan Praktikal di Bernama sebagai wartawan. Kalau ada barang yang terlambat hantar, atau lambat reply order tu minta faham-faham saja la ye. hehe.

Ada yang tanya, "nak jadi dropship agent ni nak kene bayar fees tak?". So selepas berfikir panjang, kami hanya minta fees sebanyak RM20 seumur hidup untuk anda menjadi dropship agent. Bila payment fees sudah dibuat, kami akan beri no keahlian yang mana semua butir diri anda akan disimpan dan akan digunakan untuk details sebagai pengirim bila pengeposan dibuat kepada customer masing-masing. Faham tak?

Semua barang yang diupload dalam album fb kami (sila klik sini) ni kesemuanya adalah PRE-ORDER. Jadi, kami akan buka order seminggu sekali. Semua dropship agent perlu menghantar order yang telah dibuat oleh customer masing-masing pada tarikh akhir PRE-ORDER beserta dengan bayaran. Pihak kami tidak akan melayan order yang tiada pembayaran ye. 

Mengenai harga pula. Ada yang tanya, "harga tu nanti ikut suka hati dropship agent ke nak letak berapa untuk customer sendiri?". Ye, ikut suka hati. Tapi kita kene ingat, sebagai manusia kita hanya akan beli barang yang harganya lebih murah walaupun design dan kualitinya sama. Contohnya: Trendy Handbag RM75 inc postage. Kalau dropship agent menjual barang yang sama dengan harga yang sama, mereka akan mendapat keuntungan sebanyak RM10. Ini bermakna pihak agent akan bayar kepada kami bagi Trendy Handbag hanya RM65 inc postage. Tapi kalau agent nak untung lebih, anda boleh menjual dengan harga RM80 inc postage yang mana keuntungan anda sebanyak RM15. Faham kan?

Availability barang. Pihak kami sarankan kepada dropship agent supaya terus inform dan buat payment jika customer anda sudah buat pembayaran bagi barang yang mereka inginkan. Tak perlu tunggu sampai tarikh akhir PRE-ORDER sebab takut barang yang diingini tu nanti kehabisan stock. 

"Ada minimum kuantiti tak kalau dropship agent nak beli?". Ada huns. Minimum order bagi setiap PRE-ORDER ialah 3pcs yang mana anda boleh campur-campur seperti handbag 1pcs, dress 1pcs, pants 1pcs.

Kepada mereka yang berminat, boleh terus email kami ye. Tempat adalah terhad. Hanya 20 yang terawal sahaja ye. Sebarang pertanyaan boleh ditanya di fb sebab lebih mudah.